Tuesday, March 15, 2011

@Taman Permainan



Kanak-kanak mana yang x suka pegi taman mainan?

Eryna suka sangat kalau dapat main gelongsor kat taman mainan. tapi ummi dah jarang nak bawak Eryna main kat taman mainan sejak-sejak penularan wabak H1N1..  Lagipun petang-petang selalu hujan.. 



tengok...Eryna dah cekap panjat ikut cini..



"hati-hati ye abang.."



Sukanya..



"tu...two...yiiii"



Walau berbaju kurung, tetap tidak membataskan pergerakan..



"Lepas main terus balik mandi and sabun bersih-bersih ye tawam-tawam..."



Pegi Keje


Hari Sabtu dan ahad baru-baru ni Eryna kena ikut Ummi pegi opis.. ummi dan tawam-tawam ada banyak kerja yang perlu disiapkan.. 



walau sibuk dgn urusan pejabat, eryna tetap solat zohor berjemaah dengan kak mairah



salah satu ikhtiar ummi utk tidurkan Eryna ialah letakkan Eryna atas troli angkut brg



zzzZZZZzzzz.. Eryna tidur nyenyak selepas ummi buat 2 pusingan



Bantal Bucuk


Eryna heran la nape ummi ckp bantal Eryna ni bucuk.. hingga ummi tergamak basuh bantal gebu Eryna ni dengan washing machine  =(

Pegi mana-mana mesti kena bawak bantal wangi plus gebu ni.. kalau tertinggal, ummi kena patah balik rumah..kalau tak.. emmm..Eryna meraung tanda boikot! biar pekak tuli telinga semua orang dalam kete dengar lontaran vokal padu Eryna..




Lasak


Eryna suka manjat-manjat sofa papa dan duduk macam gini.. kemudian bilang:
 'tu' (satu), 'two', 'yiiii' (three) 
Eryna pun terjun sambil ketawa terkekek-kekek!







Note: ummi dengan papa geleng-geleng kepala..larang pun x guna

Kecuaian Ummi =(



Kesian Eryna menjadi mangsa kecuaian..

Kejadian berlaku pada lewat petang Khamis 3 Mac yang lalu
Ummi sibuk kemas umah sambil-sambil buat air untuk minum petang dan ada tetamu yang nak datang repair soket plug yang rosak.

Oleh kerana soket kat dapur semua dah x berfungsi, maka ummi pun masak air kat dining hall. lepas bancuh tea o ummi terlupa nak simpan heater yang masih ada kira-kira suku jug air panas dalam tu. Tiba-tiba ada call dan SMS yg masuk ke hPhone Ummi..Eryna xtahu apa-apa.. Eryna tarik wayar heater.. Tak siapa tahu kenapa Eryna tarik wayar heater tu.. heater terjatuh dan sipi-sipi kena kaki kanan Eryna.  Eryna panik.. Eryna cuba lari dari situ tp Eryna terpijak lelehan air panas pula.  Eryna jatuh melutut sebelah kaki.  Betis Eryna cedera teruk.  kulit terkopek sebab ummi gosok nak kurangkan rasa panas tp cara tu salah sebenarnya.  Ummi tak pandai bagi bantuan kecemasan bila terkena air panas.  Mak Uteh tahu tapi Mak Uteh tergamam..terpaku..dah terjadi baru Mak Uteh cakap dengan Ummi cara-cara nak rawat kulit melecur.. haips Mak Uteh ni!!!



Papa bawak pegi Klinik Lita Alis, Presint 9.. Doc cuma letak ubat jenis krim yang sejuk. Balik umah papa suruh ummi balut takut masuk debu dan sampah sarap.. Papa usaha pegi farmasi bli kain pembalut dan saletip khas utk balut luka kaki Eryna..ummi pun balut spt dlm gambar di atas. Esoknya bila ummi buka balutan keadaan luka nampak makin teruk..seperti nak bernanah.  Mak Uteh pun cakap kalau kulit melecur x boleh balut.. haips mak uteh niii!!!! awal-awal xmo bagitau ummi.. geget kang!


:: 2 hari selepas hari kejadian ::

Nampak kecederaan pada kaki Eryna? 
Macam terkena ekzos motor pula..


:: 12 hari selepas hari kejadian ::

Setelah sapu ubat krim dari klinik, curah minyak gamat berbotol-botol dan sapu lotion 4life ihsan Auntie Ella, beginilah keadaan kaki Eryna.. Kaki Eryna dah jadi hitam sebelah. Kadang-kala Eryna garu-garu.  



Doakan parut di kaki Eryna cepat hilang ye..