Tuesday, March 15, 2011

@Taman Permainan



Kanak-kanak mana yang x suka pegi taman mainan?

Eryna suka sangat kalau dapat main gelongsor kat taman mainan. tapi ummi dah jarang nak bawak Eryna main kat taman mainan sejak-sejak penularan wabak H1N1..  Lagipun petang-petang selalu hujan.. 



tengok...Eryna dah cekap panjat ikut cini..



"hati-hati ye abang.."



Sukanya..



"tu...two...yiiii"



Walau berbaju kurung, tetap tidak membataskan pergerakan..



"Lepas main terus balik mandi and sabun bersih-bersih ye tawam-tawam..."



Pegi Keje


Hari Sabtu dan ahad baru-baru ni Eryna kena ikut Ummi pegi opis.. ummi dan tawam-tawam ada banyak kerja yang perlu disiapkan.. 



walau sibuk dgn urusan pejabat, eryna tetap solat zohor berjemaah dengan kak mairah



salah satu ikhtiar ummi utk tidurkan Eryna ialah letakkan Eryna atas troli angkut brg



zzzZZZZzzzz.. Eryna tidur nyenyak selepas ummi buat 2 pusingan



Bantal Bucuk


Eryna heran la nape ummi ckp bantal Eryna ni bucuk.. hingga ummi tergamak basuh bantal gebu Eryna ni dengan washing machine  =(

Pegi mana-mana mesti kena bawak bantal wangi plus gebu ni.. kalau tertinggal, ummi kena patah balik rumah..kalau tak.. emmm..Eryna meraung tanda boikot! biar pekak tuli telinga semua orang dalam kete dengar lontaran vokal padu Eryna..




Lasak


Eryna suka manjat-manjat sofa papa dan duduk macam gini.. kemudian bilang:
 'tu' (satu), 'two', 'yiiii' (three) 
Eryna pun terjun sambil ketawa terkekek-kekek!







Note: ummi dengan papa geleng-geleng kepala..larang pun x guna

Kecuaian Ummi =(



Kesian Eryna menjadi mangsa kecuaian..

Kejadian berlaku pada lewat petang Khamis 3 Mac yang lalu
Ummi sibuk kemas umah sambil-sambil buat air untuk minum petang dan ada tetamu yang nak datang repair soket plug yang rosak.

Oleh kerana soket kat dapur semua dah x berfungsi, maka ummi pun masak air kat dining hall. lepas bancuh tea o ummi terlupa nak simpan heater yang masih ada kira-kira suku jug air panas dalam tu. Tiba-tiba ada call dan SMS yg masuk ke hPhone Ummi..Eryna xtahu apa-apa.. Eryna tarik wayar heater.. Tak siapa tahu kenapa Eryna tarik wayar heater tu.. heater terjatuh dan sipi-sipi kena kaki kanan Eryna.  Eryna panik.. Eryna cuba lari dari situ tp Eryna terpijak lelehan air panas pula.  Eryna jatuh melutut sebelah kaki.  Betis Eryna cedera teruk.  kulit terkopek sebab ummi gosok nak kurangkan rasa panas tp cara tu salah sebenarnya.  Ummi tak pandai bagi bantuan kecemasan bila terkena air panas.  Mak Uteh tahu tapi Mak Uteh tergamam..terpaku..dah terjadi baru Mak Uteh cakap dengan Ummi cara-cara nak rawat kulit melecur.. haips Mak Uteh ni!!!



Papa bawak pegi Klinik Lita Alis, Presint 9.. Doc cuma letak ubat jenis krim yang sejuk. Balik umah papa suruh ummi balut takut masuk debu dan sampah sarap.. Papa usaha pegi farmasi bli kain pembalut dan saletip khas utk balut luka kaki Eryna..ummi pun balut spt dlm gambar di atas. Esoknya bila ummi buka balutan keadaan luka nampak makin teruk..seperti nak bernanah.  Mak Uteh pun cakap kalau kulit melecur x boleh balut.. haips mak uteh niii!!!! awal-awal xmo bagitau ummi.. geget kang!


:: 2 hari selepas hari kejadian ::

Nampak kecederaan pada kaki Eryna? 
Macam terkena ekzos motor pula..


:: 12 hari selepas hari kejadian ::

Setelah sapu ubat krim dari klinik, curah minyak gamat berbotol-botol dan sapu lotion 4life ihsan Auntie Ella, beginilah keadaan kaki Eryna.. Kaki Eryna dah jadi hitam sebelah. Kadang-kala Eryna garu-garu.  



Doakan parut di kaki Eryna cepat hilang ye..





Sunday, February 13, 2011

Demam tiba-tiba..



Hari jumaat petang Eryna main-main kat luar dengan kakak-kakak.. cuaca redup mendung nak hujan..
Tengah-tengah malam Eryna terjaga.. sedar-sedar badan Eryna panas.. ummi panik.. esoknye nak pegi kenduri umah atok nasir kat Negeri Sembilan.. Eryna cepat-sepat makan ubat demam dan ummi tepekkan koyok cool fever kat dahi.. eryna meronta-ronta xmo pakai koyok tu.. papa pujuk..cuba alihkan perhatian Eryna kepada benda lain..
Alhamdulillah, bangun pagi esoknya panas dah kurang tapi Eryna kelihatan lesu.. x cerdas seperti biasa.. panas berulang bila eryna tido.. koyok sentiasa didahi..lama-lama Eryna pun terbiasa.. Hari Ahad Eryna dah sihat sepenuhnya! 
Horay.. Horay!!


Note: Nak tumbuh gigi agaknya..

Pergi Kenduri Kawen


 Pelamin ni buat sendiri agaknye..tema kuning putih

 Semoga kekal hingga akhir hayat

 Eryna kurang sihat..papa layanzzz ragam..

 "Kami anak cucu ustaz Khalid"!!


Contest..


uwaaaaaaaaaa... uuuwaaaaaaaaaaaaa.. 
uwaaaaaaaaaa.... uwaaaaaa~


Monday, January 24, 2011

Rajin Menolong..




Ummi x belikan eryna mainan masak-masak..
so, eryna guna la apa yg ada dalam kitchen cabinet ummi ni..hehehehe~


Picnic


Seronoknya Eryna pergi picnic last week dengan ummi, antie Ina, abang aniq, kak jiha dan kak balqis kat kompleks sukan air/pullman, putrajaya.



 pelampung kak jiha bersize kecik.. sesuai utk eryna.. pelampung eryna besar.. bila eryna umur 3tahun ke atas baru boleh guna kot. so, ummi akan belikan eryna pelambung kecik mcm ni utk keselamatan eryna bila mandi di tasik,kolam atau pantai.. insyaAllah..

 eryna sangat suka main air.. ummi kata masa ummi kecik dulu ummi pun mcm ni juge.. pantang hujan..xkira hujan rintik-rintik atau hujan diiringi ribut petir..







 dari kiri : kak ada, kak jiha, kak balqis & abang aniq

air masuk mata, masuk dalam idom, masuk mulut, masuk telinga..
eryna pun selsema.. sememeh je muka..


Sunday, January 2, 2011

Cuti Tahun Baru


Cuti tahun baru Eryna tak pergi melancong jauh-jauh pun..
Hari pertama cuti papa pergi seremban dengan atok, wan dan moksu pijah ziarah orang sakit.
Eryna tak ikut.. Eryna takut..
Hari ke-2 temankan ummi pegi sopim barang dapur.. ummi nak masak nasik ayam.
Hari ke-3 Eryna pegi kenduri kawen makcik Ella..

SELAMAT PENGANTIN BARU
Makcik Ella & Pakcik dari Sabah


Sama cantik sama padan


Warna tema: Hijau + Putih


Eryna baru bangun tidur.. ummi paksa nie.. 



 Lama -lama kat tempat kenduri Eryna rimas.. lepas hujan berenti Eryna pegi taman


Kawan-kawan bercuti ke mana? mesti best kan..?

Selamat Datang 2011


Pada malam tahun baru Eryna tak pergi mana-mana..
Eryna memang jarang sangat keluar waktu malam. So, Eryna tak tengok bunga api warna-warni di langit.. cuma dengar dentum-dentum bunga api aje dalam rumah sambil tolong ummi kemas rumah..

Eryna ucapkan Selamat Maju Maju kepada semua yang singgah disini..
Semoga Tahun 2011 mendatangkan lebih kebaikan berbanding tahun-tahun sebelum ini..