Sunday, December 26, 2010

Pergi Kenduri..

 Majlis Pertunangan @ Bahau, Negeri Sembilan
25 Disember 2010 (Sabtu)



Warna tema : Pink + Purple
Pelamin simple but sweet


 ini pertama kali Eryna datang umah wan peah..
rumah wan sangat besar.. halaman pun luas.. 



Eryna tak makan banyak masa kenduri.. cuma ratah ayam je..
ayam goreng sangat sedap.. lebih sedap berbanding ayam restoran KFC



kak aina makan berketul-ketul ayam goreng.. seludup terus dari dapur!
Eryna makan 1 ketul je..



Di sana, Eryna berkawan dengan sepupu yang datang dari Melaka..
Eryna belum pernah pergi Melaka.. =(



...dan sepupu yang datang dari Nilai...they are --> Kak Isya & Damia

Kak Isya and Damia ikut Eryna balik Putrajaya.. tapi gambar mereka semasa dirumah Eryna tiada untuk dikepilkan disini..
kamera ummi Eryna sudah rosak!!!

Wednesday, December 22, 2010

Salam Pembuka Bicara


Nama saya Eryna Nur Hana binti Hamdi.
Call me "Eryna" ye.. kata ummi, Eryna maksudnya "Cantik"
Tapi if nak panggil "Hana" pun saya x kisah..sebab Hana bermaksud "Rezeki tanpa kepayahan"

'Ini Blog Eryna' cuma blog biasa-biasa saja.. kata ummi, ia umpama diary tentang perkembangan Eryna.. kalau blh semua aktiviti Eryna buat ummi nak ianya dicatit dalam blog.. 

Tapi..
Ummi pesan tulisan jgn terlalu menunjuk Eryna sgt bahagia..sebab nanti orang kata Eryna perasan.. cenderung juga menjadi kebencian orang yg % hasad dengkinya tinggi..dan Eryna pun x boleh tulis tentang kesulitan hidup Eryna juga..kata ummi, nanti orang ketawakan Eryna dan menghina kekurangan Eryna.. 

Setiap manusia merasakan dirinya sungguh bagus.. sempurna dalam semua aspek. Namun sayangnya, manusia sering terlupa untuk mensyukuri segala kebaikan yang dikurniakan oleh Allah swt kepadanya.  Mereka mendabik dada..mereka angkuh..sehingga ada dikalangan mereka tidak lagi menjaga hati dan menghormati orang lain.  Bicara mereka hanya berkisar tentang kesalahan orang lain. jari mereka hanya tahu menuding. MasyaAllah.. 


Oleh itu, sebelum Eryna meneruskan operasi mengupdate iniblogeryna, Eryna mohon maaf jika sekiranya ada ayat2 Eryna yang over dan menimbulkan ketidaksenangan anda semua..

Yang Baik itu datangnya dari Allah swt,
yang buruk itu datangnya dari Eryna sendiri..

Sudi2kanlah berkongsi dengan Eryna ilmu2 berguna untuk dijadikan panduan.. sila beri tunjuk ajar ye..